Berita Berita
Diesel di Semenanjung naik 80 sen, RON97 cecah RM4.55 seliter
KUALA LUMPUR 19 Mac – Harga diesel di Semenanjung Malaysia meningkat 80 sen kepada RM4.72 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Mac 2026.
Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan itu turut melibatkan harga RON97 yang naik kepada RM4.55 seliter berbanding RM3.85 seliter sebelum ini.
Menurut kementerian, harga RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.27 seliter manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Jelas kementerian, pelarasan itu dibuat bagi melindungi isi rumah, manakala harga pasaran bahan api disusun secara berperingkat selaras dengan kenaikan harga global sejak krisis bermula pada penghujung Februari lalu.
Kementerian turut menjelaskan walaupun harga bahan api domestik dipengaruhi pergerakan harga antarabangsa, kerajaan memilih untuk tidak memindahkan sepenuhnya kenaikan tersebut kepada rakyat.
Menurut kenyataan itu, kerajaan kini menanggung subsidi melebihi RM3 bilion sebulan susulan keputusan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia serta harga diesel RM2.15 seliter bagi pengangkutan awam dan sektor pengangkutan barangan darat.
“Langkah pengekalan subsidi ini adalah untuk memastikan persediaan rakyat menyambut Aidilfitri kekal lancar,” menurut kenyataan tersebut.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
March 19, 2026, 12:40 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
Penganggur dipenjara 9 bulan mengaku salah pijak al-Quran
March 19, 2026, 12:01 pm
