TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 19 Mac – Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang tempoh cuti Aidilfitri antara 18 hingga 29 Mac ini.

Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2.1 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak manakala 934,000 kenderaan menggunakan LPT1.

Menurutnya, purata trafik harian pada waktu puncak dianggarkan mencecah 78,000 kenderaan, dengan jumlah tertinggi dijangka berlaku pada 28 Mac iaitu sebanyak 106,000 kenderaan.

“Peningkatan aliran trafik ini memerlukan semua pengguna jalan raya lebih berwaspada, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu supaya perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2026 di kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah timur, LPT1.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Dalam perkembangan sama, Razali berkata Polis Diraja Malaysia mengenal pasti 38 lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya di seluruh Pahang.

Selain itu, sebanyak 22 kawasan panas yang berpotensi mengalami kesesakan trafik turut dikenal pasti.

Katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha penguatkuasaan, pendidikan keselamatan jalan raya dan kempen kesedaran awam bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. 

+ - reset