Berita Berita
MCA gesa PM nilai semula kedudukan Kulasegaran
KUALA LUMPUR, 18 Mac - Anwar Ibrahim digesa menilai semula kedudukan M. Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Gesaan itu disuarakan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan susulan tindakan Kulasegaran hadir ke mahkamah bagi prosiding melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT), baru-baru ini.
Menurut beliau, kehadiran seorang anggota eksekutif kerajaan dalam situasi sedemikian adalah sesuatu yang jarang berlaku dan bukan amalan kebiasaan.
Katanya, walaupun Kulasegaran mendakwa hanya ‘singgah’, kenyataan itu bercanggah dengan dakwaan individu lain yang menyatakan beliau hadir mengiringi, sekali gus menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan masyarakat.
“Perbuatan seperti ini tidak wajar dicontohi oleh mana-mana anggota kerajaan, sama ada ketika ini atau pada masa akan datang.
“Jika ada pemimpin kerajaan yang menjaga hal ehwal undang-undang secara terbuka menyokong pihak tertentu dalam kes mahkamah, ia perlu ditolak,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa jawatan yang disandang Kulasegaran menuntut tahap profesionalisme tinggi serta kepekaan terhadap prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan kehakiman.
Menurutnya, tindakan tersebut boleh menimbulkan persepsi wujudnya campur tangan atau tekanan terhadap proses perundangan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa integriti institusi negara perlu dipelihara dan setiap pemegang jawatan harus memahami batas peranan masing-masing.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
March 19, 2026, 12:40 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
Penganggur dipenjara 9 bulan mengaku salah pijak al-Quran
March 19, 2026, 12:01 pm
