TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

9 rumah musnah dalam kebakaran, 42 penduduk hilang tempat tinggal

By
|
Kongsi
image

 

MIRI 19 Mac - Seramai 42 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas sembilan rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Simpang 4 Lutong, awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Edwin Siba, kebakaran tersebut melibatkan keseluruhan 10 buah rumah, dengan sembilan daripadanya berpenghuni manakala sebuah lagi tidak didiami.

“Insiden ini menyebabkan semua penghuni sembilan rumah terbabit kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya,” katanya.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 24 anggota bomba dengan enam jentera, selain dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

+ - reset