Berita Berita
Anwar tegas keamanan Asia Barat tuntut penyelesaian tuntas
KUALA LUMPUR 27 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa keamanan sejati di rantau Asia Barat hanya dapat dicapai melalui penyelesaian tuntas bagi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan.
Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mengadakan perhubungan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung konflik yang semakin meruncing di rantau berkenaan.
Dalam perbualan itu, beliau mengambil maklum akan kesediaan Iran untuk berunding dengan syarat utama iaitu penamatan perang secara muktamad bagi mengelakkan kitaran keganasan daripada berulang seperti yang berlaku di Gaza dan Lubnan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada rakyat Iran atas kehilangan nyawa yang melibatkan tokoh kepimpinan serta orang awam yang tidak berdosa.
Selain itu, beliau menegaskan pendirian Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh pihak Israel serta menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang terkesan akibat konflik tersebut.
Beliau juga mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan, serta nilai keadilan sejagat.
Presiden Masoud Pezeshkian pula menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan komitmen untuk terus memperkukuh solidariti terhadap negara tersebut dan rakyatnya.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 28, 2026, 9:40 am
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
