TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita nyaris maut, kereta terbakar selepas langgar tiang

By
|
Kongsi
image

JASIN 27 Mac – Seorang kakitangan bank wanita berusia 51 tahun dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang lampu sebelum terbakar di Jalan Gapam–Bemban, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, mengesahkan bahawa mangsa berjaya keluar dan menyelamatkan diri sebelum api marak memusnahkan keseluruhan kenderaan tersebut dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu.

Kes kini sedang disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atas kegagalan mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.37 petang sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit, namun komander operasi melaporkan hampir 90 peratus daripada struktur kenderaan tersebut telah musnah dijilat api.

+ - reset