TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Akmal gesa kerajaan tidak abai 10 peratus rakyat terjejas kuota BUDI95

By
|
Kongsi
image

MELAKA 27 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa pihak kerajaan agar tidak meminggirkan golongan 10 peratus rakyat yang bakal terkesan susulan pelarasan pengurangan kuota subsidi petrol BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.

Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak seharusnya dinilai berdasarkan angka peratusan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira realiti kehidupan kumpulan minoriti yang terpaksa berulang-alik jauh demi kelangsungan hidup.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mempersoalkan nasib golongan yang terjejas tersebut dan menyatakan bahawa angka yang menenangkan pentadbiran tidak semestinya mencerminkan keselesaan dalam kehidupan sebenar rakyat.

Langkah penyelarasan sementara itu sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pendekatan bersasar berkuat kuasa 1 April ini berikutan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat.

Dr Akmal berpendapat golongan 10 peratus tersebut bukanlah golongan kaya, tetapi merupakan rakyat biasa yang terpaksa tinggal di luar bandar atau pasangan jarak jauh yang memerlukan kuota minyak tersebut untuk bekerja dan bertemu keluarga.

Beliau menyifatkan pengurangan sebanyak 100 liter itu sebagai satu tindakan yang memotong "ruang bernafas" bagi kumpulan yang sudah sedia terhimpit oleh kos sara hidup yang semakin mencabar.

Tambah beliau lagi, isu ini bukan sekadar perbandingan peratusan tetapi melibatkan soal keadilan bagi memastikan golongan minoriti yang paling bekerja keras tidak menjadi mangsa kepada perubahan polisi berkenaan.

+ - reset