TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar jamin bekalan minyak negara mencukupi sehingga Mei

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 27 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa masalah bekalan minyak di Malaysia masih terkawal dan belum mencapai tahap rumit seperti beberapa negara jiran yang terpaksa melakukan catuan akibat ketegangan di Asia Barat.

Beliau memberi jaminan bahawa bekalan minyak semasa negara adalah mencukupi untuk tempoh sehingga Mei ini, dengan usaha pemantauan harian terus dipertingkatkan bagi memastikan kestabilan bekalan selepas tempoh tersebut.

Usaha PETRONAS meluaskan pelaburan di luar negara seperti di Brazil, Suriname, dan Kanada turut membantu negara memperoleh pulangan hasil serta sumber bekalan yang mencukupi untuk keperluan domestik.

Beliau menyeru rakyat agar bersyukur dengan keadaan negara yang masih stabil berbanding negara sekeliling yang sedang menghadapi kegawatan, selain meminta semua pihak menumpukan perhatian kepada usaha membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang telah mengarahkan pelepasan kapal tangki milik PETRONAS dan syarikat Malaysia untuk melalui Selat Hormuz.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penyelarasan sementara kelayakan subsidi BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April ini, namun harga RON95 dan diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak, serta Labuan tetap kekal pada kadar semasa.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa kerajaan kini menanggung kos subsidi petrol dan diesel yang mencecah RM4 bilion sebulan susulan lonjakan harga minyak mentah global yang telah melepasi paras AS$100 setong akibat konflik berlarutan di Asia Barat.

+ - reset