Berita Berita
Kakitangan MBSA buang puntung rokok bakal berdepan tindakan disiplin, khidmat masyarakat
IPOH 24 April – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin serta mengenakan perintah khidmat masyarakat (PKM) terhadap kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dikesan membuang puntung rokok dari kenderaan jabatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa penjawat awam di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewajarnya menjadi contoh kepada masyarakat dan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Tidak kira siapa yang membuang puntung rokok itu, sekiranya dia adalah kakitangan majlis bandaraya atau PBT, bukan sahaja PKM malah tindakan disiplin juga wajib diambil. Tangan yang mengotorkan juga tangan yang perlu membersihkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Cina Negeri Perak di sini, hari ini.
Menurut Kor Ming, pelaksanaan PKM yang bermula sejak 1 Januari lalu di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikenakan terhadap lebih 3,000 individu setakat ini tanpa mengira status atau jawatan.
"Undang-undang adalah sama dan adil kepada semua, tidak kira kamu Tan Sri, Datuk Seri, atau kakitangan awam. Kita mahu pastikan mesej ini jelas bahawa kebersihan negara adalah tanggungjawab bersama," ujarnya.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan individu di dalam kenderaan milik MBSA membuang puntung rokok ke jalan raya, yang kemudiannya disahkan oleh pihak PBT berkenaan untuk tindakan susulan di bawah Kaedah-Kaedah Pegawai MBSA (Kelakuan dan Tatatertib) 2023.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
