TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua kereta remuk di simpang empat Taman Suntex, punca pemandu tidak berhenti di garisan

By
|
Kongsi
image

KAJANG 24 April – Polis mengesahkan satu kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di simpang empat Jalan Pelanduk, Taman Suntex, Cheras pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, insiden pada jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 59 tahun dan sebuah Volkswagen Passat yang dipandu lelaki berusia 31 tahun.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila kedua-dua kenderaan yang sedang bergerak terus di persimpangan tersebut didapati gagal berhenti di garisan berhenti yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi papan tanda jalan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung di tengah-tengah persimpangan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis mengesahkan tiada insiden lain berlaku susulan daripada kemalangan tersebut.

Kes kini disiasat di bawah Kaedah 3(2)(B) LN 166/59. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Sarjan Zaharin Bin Taib di talian 019-312676.

Pihak polis turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, mematuhi peraturan lalu lintas, dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

+ - reset