Berita Berita
UMNO catat lonjakan keahlian muda, lebih 60 peratus pemohon bawah 40 tahun
JOHOR BAHRU 24 April – UMNO kembali mencatatkan peningkatan penyertaan yang signifikan daripada generasi muda apabila lebih 60 peratus daripada kira-kira 10,000 permohonan keahlian baharu terdiri daripada individu berusia bawah 40 tahun.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan bahawa daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 6,009 permohonan adalah bagi sayap Pemuda, diikuti ahli biasa (2,511), Wanita (791), dan Puteri (689).
Beliau berkata, trend positif ini membuktikan UMNO masih menjadi platform politik yang dipercayai, selain didorong oleh inisiatif 'Rumah Bangsa' yang diperkenalkan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi menarik semula bekas ahli dan keahlian baharu.
"UMNO bukan sekadar parti politik semasa, tetapi juga parti politik masa depan. Antara faktor peningkatan ini termasuklah keyakinan terhadap kepimpinan parti serta rekod pencapaian di peringkat pusat dan negeri yang lebih stabil," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan, kemudahan pendaftaran secara dalam talian yang diperkenalkan sejak 2020 serta kematangan parti tanpa konflik dalaman yang ketara menjadi daya tarikan utama golongan muda untuk menyertai perjuangan UMNO.
Pada 17 April lalu, MKT UMNO dilaporkan telah meluluskan sebanyak 6,252 permohonan keahlian baharu tanpa syarat menerusi inisiatif Rumah Bangsa, manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan terdapat tambahan 3,716 permohonan lagi dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
