Berita Berita
Anwar bidas dakwaan simpan wang di luar negara, cabar kemuka bukti
JOHOR BAHRU 24 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan melayan sebarang tuduhan tidak berasas mengenai pemilikan wang di luar negara dan mencabar pihak yang membuat dakwaan tersebut agar mengemukakan bukti kukuh.
Beliau mengulas mengenai sebuah video tular membabitkan individu yang dikenali sebagai Albert Tei serta dakwaan serius oleh seorang lagi individu, Sofia Rini, yang mengaitkan bekas pegawainya dengan salah laku kewangan atas arahan beliau.
"Kalau ada bukti, bawa. Tak ada sesiapa yang terkecuali. Kalau tidak ada bukti, saya tidak akan layan," katanya ketika ditemui selepas Sesi Ramah Mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan 6 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menggesa pihak berkuasa menyiasat rakaman tersebut yang mendakwa wang telah dibawa ke Afrika untuk disimpan oleh bekas pegawai terbabit.
Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab besar dalam pentadbiran negara dan tidak mempunyai masa untuk melayani setiap spekulasi media sosial yang hanya menjadi "sarang fitnah."
"Saya banyak kerja. Kalau ada bukti bawa. Jika tidak, ia tidak membawa sebarang makna," tambahnya lagi.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
