Berita Berita
Bekas suami tikam mati wanita Myanmar di kondominium Setapak kerana cemburu
KUALA LUMPUR 24 April – Seorang wanita warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian tragis di Genting Court Condominium, Setapak, petang semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.20 petang menerusi panggilan orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar di lokasi kejadian pada hari yang sama. Siasatan awal mendedahkan suspek merupakan bekas suami mangsa dan motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.
"Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman di bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 April 2026 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Datuk Fadil menegaskan bahawa polis memandang serius kes ini dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus serta profesional. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 untuk membantu siasatan.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
