Berita Berita
Isu Surau Taman Seraya: ADUN Teratai nafi sekat azan, lapor polis isu fitnah
SHAH ALAM 24 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang aktiviti keagamaan termasuk laungan azan di Surau Taman Seraya, Ampang.
Beliau menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial — kononnya beliau menghalang solat Jumaat dan melarang lampu surau dinyalakan — sebagai fitnah tidak berasas yang bertujuan mencetuskan ketegangan kaum dan rasa benci terhadapnya.
Jia Haur menjelaskan, beliau hanya bertindak sebagai pemudah cara selepas menerima aduan daripada penduduk setempat dan pada asalnya telah merancang satu sesi dialog antara penduduk, pengurusan surau, polis, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtu ini.
"Namun tidak disangka, malam tadi muncul pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang menyalahgunakan gambar saya berserta dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas itu. Saya juga telah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, pihak pengurusan surau dilaporkan telah membuat 10 laporan polis berhubung gangguan daripada seorang penduduk, namun isu tersebut kemudiannya tular dengan mengaitkan penglibatan ADUN berkenaan.
Susulan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bagi membincangkan perkembangan kes, Jia Haur mengumumkan pembatalan sesi dialog yang dirancang atas faktor keselamatan dan bagi mengelakkan provokasi lebih melampau.
Tegasnya, sepanjang berkhidmat di kawasan berkenaan, beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dan harmoni dengan 28 buah surau di bawah pentadbirannya tanpa sebarang masalah.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
