Berita Berita
Asyraf Wajdi pelawa Aliff Syukri sertai UMNO, sedia jadi mentor politik
PETALING JAYA 24 April – Hasrat usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk menceburi bidang politik mendapat maklum balas segera daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang secara terbuka mempelawanya menyertai parti tersebut.
Menerusi hantaran di laman Threads, Aliff Syukri yang menyuarakan keinginan untuk mencari mentor dalam kalangan menteri bagi mempelajari selok-belok dunia politik, mendakwa menerima banyak galakan daripada orang ramai untuk menjadi seorang ahli politik.
“Disebabkan ramai orang yang menyeru Papa untuk jadi ahli politik, ada tak yang sudi ajar Papa, tolong mana-mana menteri. Papa perlu diajar dan rasa siapa patut jadi mentor Papa,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Pelawaan itu disambut ringkas namun jelas oleh Asyraf Wajdi yang membalas: “Jom masuk UMNO.”
Langkah Asyraf Wajdi itu dilihat sebagai usaha untuk menarik tokoh berpengaruh di media sosial menyertai UMNO, selari dengan laporan peningkatan keahlian muda dalam parti itu yang diumumkan baru-baru ini.
Setakat ini, Aliff Syukri belum memberikan sebarang reaksi balas terhadap jemputan terbuka tersebut, namun penglibatan pempengaruh dalam politik tanah air terus menjadi perhatian ramai dalam landskap politik semasa.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
