TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan teliti selaraskan elaun pelajar Tingkatan Enam setanding matrikulasi

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 24 April – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk memberikan elaun kepada pelajar Tingkatan Enam bagi menyelaraskan kemudahan yang dinikmati oleh kumpulan tersebut dengan pelajar program matrikulasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan secara dasar terhadap langkah itu, selari dengan penstrukturan semula pelajar Tingkatan Enam yang kini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bukan lagi Kementerian Pendidikan (KPM).

"Elaun Tingkatan Enam dengan matrikulasi, saya setuju untuk disamakan. Kita tengah teliti, sebab keputusan dasar telah dibuat cuma hanya kaedah pelaksanaan (sedang dibincang)," katanya dalam Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar yang membangkitkan perbezaan kemudahan kewangan antara kedua-dua aliran pra-universiti tersebut, sedangkan kedua-duanya berada pada tahap pendidikan yang sama.

Anwar menjelaskan, kedudukan pelajar Tingkatan Enam di bawah KPT adalah lebih tepat memandangkan mereka berada dalam kategori pasca persekolahan. Tegas beliau, kemudahan pendidikan termasuk pemberian biasiswa atau elaun harus disampaikan secara adil kepada semua pelajar di peringkat berkenaan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

+ - reset