Berita Berita
Bekas Ketua Pemuda Amanah Perlis kembali sertai UMNO
KANGAR 4 Mei – Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad hari ini mengumumkan keputusannya untuk menyertai semula UMNO, berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan tersebut dibuat selang lima hari selepas beliau meletakkan semua jawatan dalam Amanah di peringkat negeri dan nasional pada 29 April lalu.
Ahmad Fadhzil menjelaskan bahawa beliau memilih untuk kembali ke pangkuan UMNO selepas mempertimbangkan pelbagai pelawaan daripada parti politik lain termasuk PKR, Pas, dan Bersatu. Beliau sebelum ini pernah menjadi ahli UMNO sejak tahun 2004 menerusi Kelab UMNO Luar Negara di Ukraine.
Menurutnya, UMNO dilihat sebagai wadah perjuangan yang paling tepat bagi meneruskan tanggungjawab membela nasib Melayu-Islam serta memacu pertumbuhan ekonomi, khususnya di negeri Perlis.
Beliau turut bertekad untuk bekerjasama dengan kepimpinan dan akar umbi dalam memperkukuh parti, dengan fokus utama kepada aspek pendidikan, sistem kesihatan rakyat, serta penyediaan peluang pekerjaan.
Terdahulu, beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Amanah Perlis dan Ketua Biro Kesihatan Pemuda Amanah Nasional kerana mendakwa wujud jurang yang ketara antara prinsip perjuangan peribadinya dengan pendekatan landskap politik semasa.
Untuk rekod, Ahmad Fadhzil merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Berita berkaitan
May 4, 2026, 6:21 pm
KKM mohon potongan bajet RM3.04 bilion dikaji semula demi rakyat
May 4, 2026, 6:05 pm
Klinik Kesihatan Manjalara bakal selesai masalah kesesakan pesakit di Segambut
May 4, 2026, 5:02 pm
Hentikan budaya mewah, Anwar arah kementerian jimat demi rakyat
May 4, 2026, 3:42 pm
Dua lelaki maut, Axia dan Kancil bertembung di Shah Alam
May 4, 2026, 3:31 pm
Sindiket pindah diesel haram dekat kubur Cina tumpas
May 4, 2026, 3:22 pm
Van persiaran terbabas di lebuh raya PLUS, sembilan cedera termasuk kanak-kanak
May 4, 2026, 3:01 pm
