TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

"Semak keahlian saya ada lagi tak?" – Seloroh Anwar ketika singgah di kaunter UMNO

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan apabila sempat berseloroh mengenai status keahliannya ketika mengunjungi kaunter pendaftaran ahli baharu UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi momen santai itu di laman Facebooknya, yang berlaku ketika beliau mengiringi Perdana Menteri untuk merasmikan Sambutan Ulang Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-60.

"Cuba check keahlian saya masih ada atau tidak?" gurau Anwar ketika menyapa petugas di reruai tersebut yang sedang sibuk melayani pendaftaran ahli baharu.

Asyraf Wajdi, yang juga Pengerusi MARA, memaklumkan kepada Anwar bahawa kaunter tersebut merupakan antara yang paling sibuk selepas lebih 15,000 individu mendaftar sebagai ahli baharu secara dalam talian sejak 10 hari lalu.

Anwar mempunyai sejarah panjang bersama UMNO dengan memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Timbalan Presiden, sebelum beliau dipecat daripada parti berkenaan pada tahun 1998.

Kehadiran beliau di WTC semalam bukan sahaja untuk urusan rasmi kerajaan, malah memperlihatkan keakraban hubungan dalam kerjasama politik semasa di bawah Kerajaan Perpaduan.

+ - reset