Berita Berita
Jurupam maut sesak nafas selepas tawan puncak Bukit Gunong
BACHOK 8 Mei – Seorang jurupam stesen minyak berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas selepas berjaya menawan puncak Bukit Gunong, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Mohd. Yusof Hamat, yang mendaki bukit berketinggian 317 meter itu secara bersendirian bermula jam 7 pagi, dipercayai mengalami keletihan yang melampau sebaik tiba di puncak sekitar jam 8.30 pagi.
Kejadian tersebut disedari oleh seorang doktor yang sedang mendaki bersama keluarganya di lokasi yang sama. Doktor berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan peralatan oksigen daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu tiba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohd. Rihni, memaklumkan mangsa diberikan bantuan oksigen sebaik sahaja peralatan sampai, namun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.
Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 8.45 pagi kemudiannya menjalankan operasi membawa turun jenazah mangsa dari puncak bukit bermula jam 9.04 pagi. Jenazah telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
