Berita Berita
Persediaan masuk sekolah, kerajaan bina 350 kelas prasekolah baharu tahun ini - Fadhlina
KUALA LUMPUR 8 Mei – Kerajaan mempergiat usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak menerusi pembinaan 350 kelas prasekolah baharu di seluruh negara tahun ini bagi meningkatkan akses pendidikan sebelum memasuki alam persekolahan formal.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendidikan prasekolah memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan holistik kanak-kanak melibatkan aspek intelek, sosial, emosi, jasmani dan rohani.
“Pendidikan prasekolah menjadi landasan utama dalam menyediakan anak-anak dengan kemahiran asas sebelum melangkah ke peringkat pendidikan formal. Usaha peluasan prasekolah kami lakukan dengan bersungguh-sungguh. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 350 buah kelas prasekolah baharu diwujudkan di seluruh negara,” katanya menerusi media sosial.
Terdahulu, Fadhlina Sidek turut meninjau projek pembinaan dua kelas prasekolah baharu di Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang sempena program Tindak Susul Parlimen semalam.
Menurut beliau, projek berkenaan kini hampir siap sepenuhnya dan dijangka mampu meningkatkan akses pendidikan prasekolah kepada penduduk setempat sebaik sahaja mula beroperasi.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 turut memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan prasekolah sebagai asas utama pembangunan modal insan negara.
Katanya, kerajaan komited memastikan setiap kanak-kanak memperoleh peluang pendidikan awal yang berkualiti demi melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
