Berita Berita
'Penternak babi jadi mangsa, keliru dengan kerajaan' - Ronnie Liu cadang penternak fail semakan kehakiman
KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Democratic Action Party (DAP), Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi di negara ini kini berada dalam keadaan keliru dan buntu susulan kenyataan “full stop” yang dikeluarkan pihak Istana berhubung isu penternakan babi di Selangor.
Menurut beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan sejurus selepas sidang media oleh jurucakap kerajaan Persekutuan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju isu berkenaan.
“Mangsa iaitu para penternak babi kini keliru dan juga buntu. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Rakyat juga keliru,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.
Ronnie Liu Tian Khiew turut mendakwa situasi itu menjadi ujian sebenar terhadap keberanian serta kebijaksanaan pemimpin kerajaan DAP dan Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam dan Putrajaya.
Beliau mendakwa pimpinan DAP dan PH memahami kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tindakan yang perlu diambil.
Menurutnya lagi, para penternak babi masih berharap kerajaan yang mereka sokong selama ini tidak akan membelakangi mereka.
“Rakyat Selangor dan Malaysia sedang memerhati. Dunia juga sedang memerhati Selangor dan Malaysia,” dakwanya.
Tambah beliau, keputusan akhir berkaitan kontroversi tersebut dikhuatiri bukan sahaja memberi kesan kepada kerajaan PH, malah boleh menjejaskan reputasi dan imej negara.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
