Berita Viral
(VIDEO) Bos bengang campak makanan sebab pekerja tak ikut arahan
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 9 Julai - Tular di media sosial video yang memaparkan merakamkan seorang majikan yang bertindak mencampakkan beberapa hidangan makanan ke lantai.
Tindakan lelaki berkenaan dikatakan kerana sebagai pengajaran kepada pekerjanya yang tidak mendengar arahan dengan baik.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Difahamkan, pekerjanya telah menyediakan makanan dengan kuantiti yang banyak menyebabkan beberapa makanan mula sejuk dan keras.
"Aku dah cakap berapa kali dah, aku cakap dengan mulut. Jangan buat banyak, nanti pukul 10 buat lain.
"Nak bagi orang makan sedap. Ni makanan tak habis, benda jadi terbiar. Aku dah cakap aku nak benda yang berkualiti.
"Roti canai keras. Jadi siapa yang tanggung (rugi)? Aku yang kena semua. Korang semua tak kena," katanya.
Video tular itu mengundang kecaman ramai yang menganggap majikan tersebut telah melakukan pembaziran dan sebaiknya diberikan sedekah.
Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan majikan tersebut yang lebih memikirkan kualiti makanan dan juga kerugian yang akan ditanggung. - Media Telus
#MAKANAN #TULAR #MAJIKAN #BOS #CAMPAKMAKANAN
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
