Berita Viral
(VIDEO) 'Orang luar' naik Fortuner selamba buka bonet jual sayur, minyak paket subsidi pada rakan senegara
OLEH Nur Lela Zulkipli
KUALA LUMPUR 9 Julai – Kecoh di laman sosial hari ini apbila sekumpulan warga asing sedang melakukan aktiviti jual beli di sebuah kawasan pembinaan dan menggunakan kenderaan mewah untuk mengangkut barang jualan berkenaan.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki warga tempatan sempat merakam aktiviti warga asing berkenaan dan mendapati minyak paket subsidi turut dijual kepada golongan berkenaan.
“Bangla kaya, jual sayur pakai Fortuner. Orang Malaysia pun pakai kereta buruk sahaja.
“Minyak paket pun boleh jual. Orang Malaysia pun tak dapat minyak,” kata lelaki berkenaan.
Warga asing yang menjual barangan itu hanya tersenyum apabila ditegur lelaki berkenaan seolah tidak melakukan sebarang kesalahan.
Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut mengecam kumpulan warga asing berkenaan yang disifatkan tidak gentar dengan undang-undang di Malaysia.
“Macam mana boleh dapat minyak paket tu? Siap boleh jual pada kawan-kawan pula,” kata warganet, Hasif Abd.
“Penguatkuasa kena pantau aktiviti warga asing ni walau dalam kawasan pembinaan sekali pun. Seronok la puak ni hidup senang atas kesusahan rakyat Malaysia sendiri,” kata Nadya Man.
“Mana boleh beli dan jual minyak paket tu. Orang Malaysia pun bersusah payah nak dapat, ini senang pula mereka jual pada kawan-kawan,’” kata Asyraaf Kasyaf. - Media Telus
#VIRAL #WARGAASING #BANGLADESH
Berita berkaitan
November 25, 2025, 10:27 pm
'Tiada siapa patut dilayan sedemikian rupa' - AmBank kesal insiden gelandangan disiram air
November 20, 2025, 3:17 pm
Wanita mengamuk di klinik kesihatan Gombak dihantar ke Hospital Bahagia
November 10, 2025, 5:17 pm
Zus Coffee rehatkan staf terbabit insiden tular pelanggan warga China simbah minuman panas
November 7, 2025, 10:21 am
'Hebat kuasa Allah' - Doa tujuh tahun dimakbulkan, ibu influencer 'Muka Gangster' peluk Islam
October 22, 2025, 12:13 pm
F&N nafi ada hubungan dengan Israel, jelaskan produk Gold Coin dieksport ke Palestin
September 11, 2025, 11:00 pm
Suami isteri kantoi belanja sakan hingga RM400 bantuan SARA guna MyKad curi di Kuala Selangor
July 22, 2025, 11:54 am
