Berita Jenayah
Bau busuk bongkar penemuan mayat wanita dalam bagasi di rumah
Oleh AZRUL RADI
KAJANG 29 Jun – Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah unit pangsapuri di tingkat tiga, Taman Impian Indah di sini akhirnya membongkar kepada penemuan tragis mayat seorang wanita yang disumbat di dalam sebuah beg bagasi malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada jam 8.37 malam.
Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat satu mayat perempuan ditemukan di dalam sebuah bagasi yang berada di ruang tamu rumah berkenaan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia.
"Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan rasmi kini dibuka dan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh berdepan hukuman mati, atau penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun, serta hukuman sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.
Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, atau menyedari kehilangan ahli keluarga terdekat untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau menerusi talian kecemasan NG MERS 999, atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
