Berita Dunia
Meskipun dijatuhi hukuman mati, Sheikh Hasina ikrar pulang ke Bangladesh tahun ini
NEW DELHI 29 Jun – Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina berikrar untuk kembali semula ke tanah airnya pada tahun ini, biarpun kini sedang berdepan dengan hukuman mati yang dijatuhkan secara in absentia (tanpa kehadiran).
Hasina, 78, yang melarikan diri dan kini berlindung di India selepas gelombang protes besar-besaran pelajar menyingkirkan pentadbirannya pada Ogos 2024, secara lantang menyatakan beliau langsung tidak gentar dan bersedia mengatasi segala bentuk halangan serta konspirasi demi pulang ke tanah air.
"Hukuman yang diputuskan ke atas saya sememangnya tidak sah, tidak berperlembagaan dan bermotifkan politik. Saya tidak takut mati," tegasnya dalam satu wawancara eksklusif bersama stesen penyiar India, NDTV yang diterbitkan semalam.
Pada November 2025, Mahkamah Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) di Dhaka telah mendapati Hasina bersalah atas tuduhan jenayah kemanusiaan termasuk menghasut, mengarahkan pembunuhan beramai-ramai, dan gagal menghalang tindakan kekerasan melampau pihak berkuasa sewaktu rusuhan berdarah pada tahun 2024.
Mengulas mengenai rancangan kepulangannya, beliau menegaskan bahawa langkah tersebut tidak didorong oleh agenda atau cita-cita peribadi, sebaliknya bertujuan untuk memulihkan semula hak politik rakyat, sistem demokrasi, kedaulatan undang-undang, serta memelihara semangat Perang Pembebasan Bangladesh 1971.
Beliau turut mempertahankan parti naungannya, Liga Awami, selepas kerajaan pimpinan Perdana Menteri baharu, Tarique Rahman bertindak mengekalkan sekatan ketat terhadap semua aktiviti politik parti berkenaan di seluruh negara.
"Ia (Liga Awami) bukan sekadar sebuah organisasi di atas kertas, tetapi satu kuasa politik yang sudah lama berakar umbi dalam sejarah Bengal dan identiti bangsa Bengali," katanya yang turut menuntut agar larangan aktiviti politik itu ditarik balik segera di samping membebaskan semua tahanan politik.
Bagaimanapun, pihak pemerintah sementara di Dhaka sebelum ini bertegasan bahawa segala prosiding undang-undang yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha telus negara bagi memastikan mana-mana individu yang terlibat dalam kekejaman pada penghujung era pentadbiran kuku besi Hasina dihadapkan ke muka pengadilan.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
