Berita Dunia
Sumbat, heret mayat gadis 17 tahun dalam bagasi, warga Australia berdepan hukuman mati di Thailand
KUALA LUMPUR 29 JUN - Kegembiraan sebuah keluarga bertukar duka selepas anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun ditemukan mati di dalam sebuah beg pakaian di Pattaya, Thailand baru-baru ini.
Susulan kejadian ngeri itu, pihak berkuasa Thailand telah menahan seorang lelaki warga Australia yang didakwa bertanggungjawab atas pembunuhan kejam remaja berkenaan.
Suspek yang dikenali sebagai Simon Peter Carman, 46, berjaya ditahan oleh polis Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada 27 Jun lalu.
Ketika ditangkap, suspek dipercayai sedang bersiap sedia untuk menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya.
Ketua polis tempatan memaklumkan bahawa Carman kini berdepan dengan beberapa pertuduhan berat, termasuk membunuh, menyembunyikan, memindahkan atau memusnahkan mayat, serta membawa individu bawah umur bagi tujuan eksploitasi seksual.
Siasatan awal yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan kelibat Carman memasuki sebuah kondominium bersama-sama mangsa.
Beberapa jam kemudian, suspek dilihat keluar bersendirian dari bangunan tersebut sambil mengheret sebuah beg pakaian yang sarat.
Suspek kemudiannya memuatkan bagasi berkenaan ke atas sebuah motosikal skuter sebelum menunggang ke kawasan berumput berhampiran landasan kereta api untuk membuangnya.
Ketika berada di bilik siasatan balai polis sebelum dipindahkan ke Mahkamah Wilayah Pattaya, Carman sempat menyatakan rasa kesalnya kepada keluarga mangsa dengan mendakwa bahawa insiden tersebut berlaku di luar kawalannya.
Sementara itu, bapa mangsa, Thongchai Donhomla, 46, meluahkan rasa luluh dan mengakui masih sukar untuk menerima hakikat kehilangan anak perempuan yang disayangi.
Menurutnya, mangsa yang membesar tanpa ibu merupakan seorang anak yang berdikari serta sentiasa ringan tulang membantu keluarga.
Dalam pada itu, ibu tiri mangsa, Oradee Bussarakum, menuntut keadilan mutlak dan mendesak pihak berkuasa agar mengenakan hukuman paling berat ke atas suspek.
Beliau menegaskan mahu melihat lelaki warga asing itu dijatuhi hukuman mati sebagai balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.
Setakat ini, pihak polis masih belum mengumumkan tarikh rasmi suspek akan dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
