Berita Jenayah
Tampar, gigit, hembus asap syabu dalam mulut mangsa, suri rumah dipenjara 17 tahun sebabkan kematian bayi tujuh bulan
KUALA LUMPUR, 30 Jun – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang berada di bawah jagaannya.
Menurut laporan Sinar Harian, polis menerima laporan daripada suami tertuduh yang memaklumkan bayi angkat mereka tidak sedarkan diri di kediaman mereka.
Sebaik tiba di lokasi, polis menemukan mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa di atas katil bayi di sebuah bilik.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada muka serta hampir seluruh badan mangsa.
Siasatan mendapati bayi itu dipercayai berulang kali didera, termasuk dicubit, ditampar dan digigit ketika berada di bawah jagaan tertuduh.
Pendakwaan turut mendakwa tertuduh menghisap dadah jenis syabu sebelum menghembuskan asap ke dalam mulut bayi berkenaan.
Selain itu, mahkamah turut dimaklumkan mengenai kandungan perbualan WhatsApp yang dihantar tertuduh kepada suaminya sebagai sebahagian daripada keterangan pendakwaan, antaranya mesej berbunyi: "Aku kasi lebam budak itu separuh mati."
Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin, ketika memohon hukuman berat berkata mangsa yang baru berusia tujuh bulan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan, kasih sayang dan penjagaan.
"Pada usia itu, mangsa bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan, kasih sayang dan penjagaan. Namun individu yang sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa menjadi punca kepada penderitaan dan kematiannya.
"Hukuman yang dijatuhkan hendaklah memberi mesej jelas bahawa penderaan terhadap kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian tidak akan dipandang ringan oleh mahkamah," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit jantung serta mendakwa telah ditinggalkan suaminya.
Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun selepas mengambil kira keseluruhan fakta kes serta tahap kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
