Berita Dunia
Bumbung uzur pusat tuisyen runtuh, 15 termasuk 14 kanak-kanak maut
LAHORE 2 Julai - Sekurang-kurangnya 15 individu, termasuk 14 kanak-kanak, maut selepas bumbung sebuah pusat tuisyen persendirian runtuh ketika sesi pembelajaran berlangsung di bandar Lahore, timur Pakistan, semalam.
Seorang guru wanita berusia 30 tahun turut terkorban selepas ditemukan tertimbus di bawah runtuhan bangunan berkenaan oleh pasukan penyelamat.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Punjab, mangsa yang maut terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 16 tahun, dengan kebanyakannya berumur bawah sembilan tahun.
Menteri Penerangan Punjab, Azma Bokhari berkata, siasatan awal mendapati pusat tuisyen berkenaan tidak berdaftar dan beroperasi di sebuah rumah persendirian yang mempunyai struktur bumbung uzur.
Katanya, pusat tuisyen persendirian seperti itu lazim ditemui di Pakistan kerana ramai pelajar mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan.
"Jika siasatan mendapati berlaku kecuaian, kelalaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan Punjab turut mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap bangunan yang dikenal pasti tidak selamat menjelang musim tengkujuh.
Selain itu, penguatkuasaan terhadap pusat tuisyen tidak berdaftar serta institusi pendidikan swasta akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi berkenaan dan menggesa langkah keselamatan yang lebih berkesan dilaksanakan di semua institusi pendidikan.
Beliau menegaskan aspek keselamatan bangunan perlu diberi perhatian serius bagi memastikan nyawa pelajar dan tenaga pengajar sentiasa terpelihara.
Kejadian itu kini disiasat pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan serta menentukan sama ada wujud unsur kecuaian dalam pengurusan premis berkenaan.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
