Berita Dunia
Bapa hantuk kepala lepas impian anak jadi doktor musnah
BHOPAL 2 JULAI - Hati bapa mana yang tidak hancur melihat impian anak perempuan kesayangan lebur dalam sekelip mata.
Hanya kerana lewat dua minit, seorang bapa di Madhya Pradesh, India, kecewa sehingga sanggup menghantukkan kepalanya ke pagar besi pusat peperiksaan selepas merayu supaya si anak dibenarkan menduduki ujian kelayakan perubatan kebangsaan sebelum ditolak penjaga pintu.
Kejadian menyayat hati yang tular di media sosial itu menunjukkan pengorbanan serta kekecewaan seorang bapa, Umesh Singh Vishwakarma, dari sebuah kampung terpencil di Kula, tehsil Kurwai.
Dia dan anak gadisnya yang berusia 18 tahun, Ragini Vishwakarma, sanggup menunggang motosikal meredah perjalanan sejauh 70 kilometer demi masa depan mereka.
Namun, nasib malang menimpa di tengah jalan apabila mereka terperangkap dalam hujan lebat selain tayar motosikal pancit semasa perjalanan.
Meskipun bertolak awal dari rumah, ujian bertubi-tubi itu menyebabkan mereka hanya tiba di pusat peperiksaan Girls’ College di daerah Vidisha pada jam 1.32 petang.
Waktu tersebut terlewat dua minit selepas pintu pagar utama ditutup tepat pada jam 1.30 petang.
Walaupun Ragini bersama beberapa calon lain yang lewat akhirnya dibenarkan masuk, namun sistem digital peranti pengesahan biometrik dilaporkan sudah ditutup sepenuhnya secara automatik.
Kegagalan sistem untuk mendaftarkan baki calon lewat itu menyaksikan impian Ragini untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan Kemasukan Kebangsaan (NEET) hancur.
Menerusi klip video yang tular, Umesh dilihat merayu berulang kali kepada pegawai bertugas di sebalik pagar besi agar memberikan peluang demi masa depan anaknya.
Rayuan demi rayuan tidak diendahkan, lelaki malang itu hilang pertimbangan lalu menghantukkan kepalanya ke pagar besi tersebut sebelum rebah ke tanah sambil menangis terisak-isak.
Ragini yang melihat keadaan bapanya segera meluru dan memeluk lelaki itu dalam suasana pilu yang disaksikan oleh orang ramai di sekitar kawasan kejadian.
Kisah di sebalik kesedihan itu apabila media mengetahui Umesh hanyalah seorang buruh harian yang meraih pendapatan sekadar kira-kira RM15.70 sehari dan sering berhutang dengan saudara-mara demi membiayai yuran pengajian anaknya.
Berita berkaitan
August 25, 2026, 12:56 pm
Thailand perketat penguatkuasaan trafik termasuk dari Malaysia
August 25, 2026, 12:40 pm
Pattani bergegar lagi, polis tahan dua suspek
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
