Berita Berita
Kekal hingga 2027, keanggotaan Azam Baki dalam Lembaga Penasihat NFCC atas kapasiti individu
PETALING JAYA 3 Julai – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan bahawa Tan Sri Azam Baki masih merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah bagi tempoh tiga tahun sehingga 19 September 2027.
Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil menjelaskan, pelantikan Azam yang bermula pada 20 September 2024 itu dibuat atas kapasiti individu setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa kedudukan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dalam struktur lembaga berkenaan tidak mempunyai sebarang keterikatan dengan portfolio jawatan terdahulu beliau di agensi antirasuah tersebut.
“Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Kehadiran Azam Baki dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lalu adalah selaras dengan peruntukan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822) kerana beliau merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, status keanggotaan Azam dalam Lembaga Penasihat NFCC menjadi subjek perbincangan hangat serta dipersoalkan oleh beberapa pihak selepas beliau dilihat menghadiri mesyuarat rasmi lembaga itu pada Selasa lalu, memandangkan beliau kini tidak lagi menerajui SPRM.
Untuk rekod, Azam telah menamatkan tempoh perkhidmatannya secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 Mei lalu selepas enam tahun mengemudi agensi tersebut, sebelum tampuk kepimpinan tertinggi SPRM itu diambil alih oleh Datuk Seri Abdul Halim Aman.
Berita berkaitan
July 5, 2026, 4:47 pm
Kes cabul pelajar, 4 individu dipanggil polis beri keterangan
July 5, 2026, 4:36 pm
BN taruh Harapan pada Onn Hafiz, sasar sokongan 52 peratus pengundi muda Johor
July 5, 2026, 2:00 pm
Anwar seru pengundi Johor beri mandat pada PH selaras pentadbiran kerajaan
July 5, 2026, 1:38 pm
Warga Bangladesh ditahan lepas dakwa miliki 2 pasport
July 5, 2026, 10:34 am
Dari 162 calon, MRSM pilih 16 warden wanita
July 5, 2026, 10:31 am
Kerajaan tak abaikan mana-mana negeri, termasuk Johor – PM
July 4, 2026, 6:40 pm
Hubungan BN-PH kekal profesional walau bertembung di Johor – Ahmad Zahid
July 4, 2026, 6:33 pm
PRN Johor lebih awal bukan jaminan menang besar – Anwar
July 4, 2026, 6:25 pm
Positif dadah 2 pemandu ditahan di Plaza Tol Gombak
July 4, 2026, 6:18 pm
