Berita Dunia
Anak kandung sakit mental mengaku tikam warga emas sehingga maut
PEMATANGSIANTAR 10 JULAI - Seorang wanita warga emas, Barinim Sirait, 85, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kota Pematangsiantar, Sumatera Utara.
Polis mengesyaki mangsa maut akibat diserang oleh anak kandungnya, seorang lelaki berusia 50 tahun yang kini sedang menjalani pemeriksaan psikiatri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pematangsiantar, Sandi Riz Akbar, berkongis bahawa mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Berdasarkan siasatan awal, kecederaan tersebut dipercayai berpunca daripada serangan menggunakan gunting dan batu.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala, punggung dan kaki. Terdapat kesan kelar dan tikaman di bahagian punggung, selain kesan pukulan objek tumpul di kepala," kata Sandi ketika mengesahkan kejadian pada Khamis.
Menurut keterangan penduduk setempat, mangsa dan suspek hanya tinggal berdua di rumah berkenaan.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih menyiasat motif sebenar di sebalik pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat mengambil keterangan daripada suspek memandangkan dia telah dihantar ke hospital terlebih dahulu bagi menilai tahap kesihatan mentalnya.
Dalam pada itu, Sandi menjelaskan bahawa pihak keluarga mangsa menolak proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.
"Pihak keluarga meminta agar bedah siasat tidak dilakukan kerana mereka berpendapat pelaku adalah anak kandung mangsa sendiri yang memang mengalami gangguan mental," tambahnya.
Terdahulu, Ketua Polis Sektor Siantar Timur, Iptu Edy J Manalu, mendedahkan kejadian itu berlaku pada Rabu apabila seorang penduduk datang ke rumah mangsa untuk menyerahkan kad jemputan kenduri.
Sebaik sahaja pintu dibuka, saksi mendapati tangan suspek berlumuran darah dan ketika ditanya, dia mengaku telah membunuh ibunya.
Pengakuan tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Ketua Rukun Tetangga dan penduduk sekitar yang bergegas ke lokasi kejadian.
Menerusi video tular, ketika di hadapan orang ramai, suspek sekali lagi mengulangi pengakuan sama.
Pihak polis Pematangsiantar kini sedang meneruskan siasatan bagi merungkai kronologi dan punca sebenar kes secara menyeluruh, sementara menunggu laporan rasmi pemeriksaan mental suspek.
Berita berkaitan
August 25, 2026, 12:56 pm
Thailand perketat penguatkuasaan trafik termasuk dari Malaysia
August 25, 2026, 12:40 pm
Pattani bergegar lagi, polis tahan dua suspek
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
