Berita Viral
Penunggang motosikal terjatuh, maut dilanggar kereta tular di media sosial
KEPONG 14 JULAI- Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia dalam kejadian kemalangan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, hari ini pihaknya telah mengesan video tular di media sosial melibatkan kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Buloh Kepong melibatkan dua buah kenderaan.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semalam lebih kurang 7.30 malam apabila Perodua Viva yang dipandu dari Kepong ke Damansara tiba-tiba melanggar penunggang motosikal yang jatuh di hadapan kenderaannya.
“Siasatan mendapati penunggang motosikal tersebut hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong kanan dan terjatuh di laluan kereta menyebabkan kereta tidak dapat mengelak dan terlanggar penunggang motosikal itu.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pihak polis mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.
Polis tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pesalah yang melanggar undang-undang.
“Saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Sivam a/l Muniandy di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
