Berita Berita
Hari pertama larian kesyukuran Syed Saddiq cecah RM54,000, terharu disambut lautan manusia
KUALA LUMPUR 17 Julai – Hari pertama misi Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencatatkan permulaan luar biasa apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM54,692.
Jumlah tersebut sekali gus meletakkan misi berkenaan berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran keseluruhan kutipan sebanyak RM200,000.
Menerusi video yang dikongsikan, Syed Saddiq menzahirkan rasa terharu dan terkejut dengan sokongan hebat yang diterima sepanjang laluan larian, bermula dari Putrajaya merentasi Salak Tinggi sebelum berakhir di Labu.
Beliau menyifatkan kehadiran penyokong, terutamanya di check-point Labu, sebagai luar biasa apabila ribuan orang sanggup menunggunya sehingga lewat malam.
"Sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Salak Tinggi ada orang menunggu di tepi jalan untuk memberikan semangat, menghulurkan tangan dan mendoakan kami.
"Tetapi apabila sampai di Labu, saya langsung tidak sangka melihat lautan manusia yang masih menunggu walaupun sudah malam. Saya mungkin orang yang berlari, tetapi perjalanan ini digerakkan oleh anda semua," katanya.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan misi larian empat hari tersebut dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3 menuju ke parlimennya di Muar, Johor.
Jelasnya, larian itu membawa simbolik kesyukuran dan penghargaan terhadap institusi kehakiman negara selepas enam tahun beliau berjuang untuk membersihkan maruah serta nama baiknya daripada pertuduhan mahkamah sebelum ini.
Di samping tanda kesyukuran, misi larian itu turut membawa agenda kebajikan demi membantu kebajikan penduduk di parlimennya.
"Dana yang dikumpulkan menerusi larian ini akan digunakan untuk membeli iPad kepada mahasiswa yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, selain menyediakan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan," tambah beliau.
Syed Saddiq bagaimanapun mengingatkan bahawa perjalanan bagi mengumpul dana tersebut masih panjang dan menyeru orang ramai untuk terus menyumbang menerusi platform rasmi lariankesyukuranmuar.com bagi membantu mencapai sasaran.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
