Berita Berita
Operasi banteras pengemis di Kuala Lumpur tamatkan aktiviti 25 individu, termasuk 12 warga asing
KUALA LUMPUR 17 Julai – Kegiatan memedaskan pemandangan ibu negara melalui aktiviti meminta sedekah terus digempur apabila seramai 25 individu termasuk 12 warga asing ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Banteras Pengemis yang digerakkan pada Khamis.
Operasi skala besar-besaran itu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan memfokuskan kepada beberapa kawasan tumpuan pelancong dan zon sibuk termasuk di sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor serta Leboh Pudu.
Tindakan bersepadu bermula jam 8 malam itu dijayakan dengan kerjasama strategik pelbagai agensi penguatkuasaan membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
DBKL dalam satu kenyataan media memaklumkan, tindakan tegas telah diambil ke atas kesemua 25 individu yang dikesan melakukan aktiviti tersebut.
"Semakan mendapati mereka terdiri daripada 13 warga tempatan dan 12 warga asing.
"Daripada jumlah tersebut, lima individu telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut, di mana dua orang diserah kepada JIM manakala tiga lagi diserah kepada JKM," katanya hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, DBKL akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam usaha membanteras aktiviti mengemis secara habis-habisan demi memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara.
Pihak berkuasa tempatan itu turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai aktiviti gelandangan dan pengemis untuk menyalurkannya secara rasmi melalui pautan aduan di https://adukl.dbkl.gov.my/.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta
July 27, 2026, 1:23 pm
