TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Nama dipetik jadi MB Negeri Sembilan 'cakap-cakap jahat' - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

JEMPOL 24 Julai – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengaitkan namanya sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai "cakap-cakap jahat" daripada pihak lawan.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan berkenaan tidak berasas sama sekali kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan secara jelas menetapkan syarat kelayakan bagi jawatan nombor satu negeri tersebut.

"Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita. Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Melayu yang beragama Islam.

"Saya tidak memenuhi syarat kelayakan itu," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja Projek Kerja Pemulihan, Naik Taraf Landasan Kereta Api dan Kerja-kerja Berkaitan di Stesen Kereta Api Bahau, hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi secara sinis mempersoalkan siapakah individu yang bakal dilantik oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai Menteri Besar sekiranya Datuk Seri Aminuddin Harun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), sambil berseloroh sama ada PH akan melantik Loke bagi jawatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Loke yang juga calon bagi DUN Chennah menyegarkan pendirian bahawa PH kekal dengan satu calon tunggal sahaja bagi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Aminuddin Harun.

+ - reset