Berita Berita
Anggota tentera cedera tertembak rakan di lapang sasar Port Dickson
SEREMBAN, 13 Ogos – Seorang anggota tentera dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas disyaki terkena tembakan tidak sengaja yang dilepaskan rakan sepasukannya di Lapang Sasar Sungai Menyala, Port Dickson, petang Rabu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 2.15 petang sewaktu mangsa bersama beberapa anggota lain sedang menjalankan aktiviti di lokasi kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan seorang rakan sepasukan. Mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan media.
Ekoran insiden tersebut, polis menahan seorang anggota tentera berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan lanjut.
Menurut Mohd Nasharudin, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
Pihak polis turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
