Berita Berita
RCI Tabung Haji: Bekas Ketua Audit Negara terkilan tidak dipanggil beri keterangan
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Bekas Ketua Audit Negara (KAN), Tan Sri Dr Madinah Mohamad meluahkan rasa terkilan kerana tidak dipanggil untuk memberikan keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Madinah yang berkhidmat sebagai KAN dari tahun 2017 hingga 2019 berkata, beliau telah hadir ke pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan, namun haknya untuk memberikan penjelasan dinafikan selepas tidak dipanggil memberi keterangan.
"Saya hadir pada hari dan masa yang dijadualkan di Jakim. Saya menunggu lebih daripada 30 minit tetapi kecewa apabila akhirnya tidak dipanggil. Hak saya untuk didengari telah dinafikan," katanya.
Kenyataan berkenaan dibuat susulan Laporan RCI TH setebal 211 muka surat yang merumuskan wujud kelemahan dan ketidaktegasan oleh KAN pada ketika itu, selain penyata kewangan TH bagi 2014 hingga 2017 yang menerima Sijil Audit Bersih berpenekanan (EOM).
Mengulas mengenai laporan berkenaan, Madinah menegaskan bahawa sebarang keputusan yang dibuat berhubung TH pada 2017 adalah demi kepentingan negara dan berasaskan pertimbangan profesional serta Piawaian Audit Antarabangsa (ISA).
Beliau menjelaskan, pengeluaran EOM dibuat bagi menarik perhatian terhadap dua perkara material yang dikenal pasti dalam audit, manakala audit Jabatan Audit Negara (JAN) dan semakan kewangan oleh firma PwC adalah dua tugasan berbeza dari segi objektif, skop serta mandat.
"Sebagai contoh bagi isu kemerosotan nilai, JAN menjalankan audit berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 139 yang berkuat kuasa ketika itu, manakala PwC pertimbangkan FRSIC Consensus 14 yang bukan standard mandatori," jelas beliau.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
