Berita Berita
Wanita beri alasan 'OT' dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja warga asing
KULIM, 13 Ogos – Seorang wanita sanggup memberi alasan bekerja lebih masa (overtime) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga China di sebuah rumah di sini pada Khamis.
Wanita berusia 27 tahun yang mempunyai dua anak itu difahamkan bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech Park, manakala pasangannya merupakan lelaki warga China berusia 39 tahun dan berstatus bujang.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pasangan berkenaan ditahan oleh pegawai masjid di sebuah bilik di tingkat bawah rumah teres dua tingkat kira-kira jam 12.40 tengah malam.
"Suami kepada wanita ini dikatakan sudah lama mengesyaki sesuatu yang mencurigakan sebelum bertindak mengekori tindak-tanduk isterinya yang kerap memberi alasan bekerja lebih masa.
"Semasa tangkapan dilakukan, suami wanita itu turut berada di lokasi bersama ibu bapa mentuanya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Anwar Sharifudin, ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan hadir ke rumah sewa berkenaan hanya untuk membantu urusan kerja menggunakan komputer milik lelaki itu.
Siasatan juga mendapati pasangan berkenaan berkomunikasi dengan bantuan aplikasi alih bahasa pada telefon pintar berikutan lelaki warga asing terbabit tidak mahir berbahasa Inggeris.
Pemeriksaan lanjut turut menemui dua lagi lelaki warga China yang merupakan rakan kepada suspek berada di tingkat atas rumah berkenaan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
