Berita Berita
Pelaburan KWAP dalam eFishery: Siasatan SPRM hampir selesai
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Siasatan domestik berhubung isu pelaburan RM163.4 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, kini dilaporkan hampir selesai.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu hantaran di media sosial rasminya memaklumkan, siasatan terperinci membabitkan penelitian setiap fakta dan semakan dokumen masih diteruskan bagi melengkapkan kes.
Walau bagaimanapun, beberapa keterangan serta dokumen daripada entiti luar negara masih diperlukan melalui proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA) membabitkan empat bidang kuasa iaitu Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi.
"Proses itu mungkin mengambil sedikit masa kerana membabitkan prosedur perundangan dan bidang kuasa negara lain. Siasatan terus berjalan dengan setiap fakta diteliti dan dokumen disemak secara rapi," katanya menerusi kenyataan berkenaan pada Jumaat.
Menurut SPRM, seramai 19 individu telah dirakam keterangan setakat ini merangkumi pegawai KWAP, pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) serta Khazanah Nasional Berhad, namun tiada sebarang tangkapan dibuat berikutan belum wujud keperluan.
Siasatan khas itu bukan sahaja memfokuskan kepada unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, malah turut merangkumi aspek penambahbaikan tatakelola, garis panduan dan prosedur pelaburan berkaitan.
Isu berkenaan mula menarik perhatian selepas pendedahan Kementerian Kewangan di Parlimen mengenai syarikat terbabit yang didakwa terlibat dalam manipulasi laporan kewangan terancang.
Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan siasatan setakat ini belum menemukan sebarang kesalahan jenayah rasuah atau penyelewengan, dan keputusan penuh hanya akan dimuktamadkan selepas maklumat daripada proses MLA diperoleh sepenuhnya.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 2:19 pm
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 11:31 am
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 15, 2026, 5:49 am
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
August 14, 2026, 8:29 pm
