TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Asyraf Wajdi saman dua pemilik akaun RM5 juta berhubung isu Tabung Haji

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman fitnah bernilai RM5 juta terhadap dua pemilik akaun media sosial yang didakwa mencemarkan reputasinya berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Asyraf Wajdi berkata, arahan telah diberikan kepada peguamnya, Datuk Adnan Seman untuk menyediakan dan menyerahkan LOD berkenaan secara berperingkat bermula petang Jumaat.

Tindakan undang-undang itu diambil susulan penyebaran pelbagai dakwaan yang disifatkan tidak benar serta berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi beliau di mata umum.

"Saya telah mengarahkan peguam saya, Adnan untuk menyerahkan LOD bagi memulakan saman fitnah sebanyak RM5 juta kepada pemilik-pemilik akaun yang memfitnah dan sengaja mahu memburukkan serta menjatuhkan reputasi saya dengan mengaitkannya dengan pelbagai isu TH," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Tindakan berkenaan menyasarkan dua individu iaitu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi AMANAH, Datuk Dr Ismail Salleh serta pemilik akaun media sosial yang dikenali sebagai Abied Abdullah.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO menegaskan, langkah mahkamah itu diambil bukan untuk mencari keuntungan peribadi, sebaliknya bagi menegakkan kebenaran menerusi saluran pengadilan yang sah.

Beliau menambah, sebagaimana tindakan saman yang pernah dilakukannya sebelum ini, kesemua ganti rugi kewangan yang dimenangi kelak akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi membantu pelajar daripada keluarga miskin dan anak yatim.

+ - reset