Berita Berita
Kerjasama PH-UMNO: Guan Eng bidas Kon Yeow, tuntut pertahan maruah DAP Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang didakwa keliru serta berdiam diri berhubung serangan politik oleh UMNO negeri terhadap PKR dan DAP.
Guan Eng menegaskan, Kon Yeow tidak sepatutnya menganggap perwakilan DAP menyokong tindakan PH Pulau Pinang bekerjasama dengan UMNO hanya kerana perkara itu tidak dibangkitkan dalam pertemuan tertutup parti pada Rabu lalu.
Menurut beliau, isu terbabit tidak dibangkitkan berikutan agenda tunggal pertemuan berkenaan adalah untuk membincangkan kedudukan DAP dalam Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bukannya mengenai pentadbiran kerajaan negeri.
"Kon Yeow juga tidak sepatutnya membincangkan butiran mesyuarat parti yang diadakan secara tertutup kepada umum kerana hak untuk memberi ulasan terletak di bawah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.
Mengulas lanjut, bekas Setiausaha Agung DAP itu mencadangkan supaya Kon Yeow memanggil satu mesyuarat khas bersama perwakilan DAP Pulau Pinang bagi mengukur pendirian sebenar ahli terhadap peranan serta kerjasama bersama UMNO di peringkat negeri.
Kenyataan berkenaan menyusul selepas Kon Yeow sebelum ini menegaskan PH Pulau Pinang kekal dengan pendirian meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 2:19 pm
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 11:31 am
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 15, 2026, 5:49 am
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
August 14, 2026, 8:29 pm
