Berita Viral
[VIDEO] Warga emas terkapai-kapai cari nafas selepas jatuh feri di Mersing
KUALA LUMPUR 19 Julai – Suasana kecoh tercetus di Terminal Feri Mersing, Johor apabila seorang wanita warga emas terjatuh ke dalam laut dalam kejadian pagi Jumaat.
Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam laut ketika melangkah untuk memasuki feri berkenaan untuk ke Pulau Tioman.
Menerusi video tular di laman X, orang ramai yang berada di lokasi berkenaan cuba memenangkan mangsa serta ada yang meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan feri berkenaan yang cuai untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.
"Sakit hati betul, tak ada safety langsung. Letaklah pelantar kayu," luah individu itu.
Bagaimanapun, keadaan semakin reda apabila terdapat dua lelaki berusaha menyelamatkan mangsa yang berada di dalam laut.
Menurut saksi di tempat kejadian, ketika mangsa hendak melangkah masuk, feri itu tiba-tiba bergerak menyebabkan dia terjatuh ke dalam laut.
Disebabkan itu, mangsa menangis dan kelihatan trauma selepas diselamatkan.
Mangsa dikatakan terkapai-kapai namun sempat diselamatkan orang awam. Wanita itu turut kelihatan trauma ketika dibawa naik ke jeti oleh orang dan dalam keadaan kesejukan kerana berada di dalam air sekitar 10 minit hingga 15 minit.
Insiden itu berlaku sekitar pukul 6.45 pagi ketika penumpang dalam perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau Tioman.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat luka tertusuk benda tajam sewaktu terjatuh sebelum dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Berita berkaitan
November 25, 2025, 10:27 pm
'Tiada siapa patut dilayan sedemikian rupa' - AmBank kesal insiden gelandangan disiram air
November 20, 2025, 3:17 pm
Wanita mengamuk di klinik kesihatan Gombak dihantar ke Hospital Bahagia
November 10, 2025, 5:17 pm
Zus Coffee rehatkan staf terbabit insiden tular pelanggan warga China simbah minuman panas
November 7, 2025, 10:21 am
'Hebat kuasa Allah' - Doa tujuh tahun dimakbulkan, ibu influencer 'Muka Gangster' peluk Islam
October 22, 2025, 12:13 pm
F&N nafi ada hubungan dengan Israel, jelaskan produk Gold Coin dieksport ke Palestin
September 11, 2025, 11:00 pm
Suami isteri kantoi belanja sakan hingga RM400 bantuan SARA guna MyKad curi di Kuala Selangor
July 22, 2025, 11:54 am
