TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Disangka tertidur di lampu isyarat, pemandu lori tangki meninggal dunia akibat sakit jantung

By
|
Kongsi
image

KULIM, 20 Ogos – Seorang pemandu lori tangki yang disangka tertidur ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat berhadapan Kilang Lam Research, di sini semalam, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mangsa dikenal pasti sebagai Abdul Haris, 62, yang beralamat dari Melaka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.46 petang selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri di dalam lori berkenaan.

Sebelum itu, lori terbabit dilaporkan berhenti di lokasi selama kira-kira 30 minit sebelum seorang pengguna jalan raya cuba mengejutkan mangsa, namun tiada tindak balas.

"Pegawai perubatan dari Hospital Kulim yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan fizikal luaran mayat oleh anggota Balai Polis Kulim Hi-Tech mendapati tiada sebarang unsur jenayah, manakala anak lelaki mangsa mengesahkan bapanya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kolesterol," katanya.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh masalah jantung tersumbat atau Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Atherosclerosis.

+ - reset