Berita Berita
Polis didakwa pilih kasih isu Jalur Gemilang di Johor dan Terengganu - Lim Lip Eng
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa pihak polis mengamalkan sikap dwistandard dalam mengendalikan dua insiden berasingan berkaitan Jalur Gemilang yang melibatkan sebuah kilang di Johor dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Beliau merujuk penahanan reman selama empat hari terhadap seorang pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang wanita tempatan di Kulai, Johor susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang serta bendera Johor secara terbalik di premis berkenaan.
"Kedua-dua individu itu tidak mempunyai rekod jenayah dan disahkan negatif dadah. Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mereka sengaja menghina bendera atau menyebarkan gambar kejadian terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan insiden Jalur Gemilang tanpa simbol bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk di bawah seliaan MBKT yang hanya diselesaikan dengan penggantian bendera selepas penjelasan 'kesilapan teknikal' diterima tanpa sebarang penahanan atau reman.
Sehubungan itu, Lip Eng menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberikan penjelasan berlandaskan fakta dan undang-undang mengenai tindakan yang diambil bagi memastikan penguatkuasaan dijalankan secara adil tanpa mengira status orang awam mahupun agensi kerajaan.
Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan pemasangan bendera tanpa lambang bulan sabit dan bintang di Dataran Batu Buruk itu berlaku tanpa niat, manakala Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat menjelaskan bahagian simbol tersebut tertanggal daripada jahitan akibat tiupan angin kencang.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 5:56 pm
JSPT beri amaran, lampu beacon, siren bukan tiket abaikan keselamatan orang awam
August 20, 2026, 3:00 pm
Kerjasama BN hadapi PRN Melaka diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO - Ahmad Maslan
August 20, 2026, 2:52 pm
PH serah jawatankuasa bincang kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka - Anwar
August 20, 2026, 2:45 pm
Tun Mahathir bidas kenyataan Netanyahu nafi penubuhan negara Palestin
August 20, 2026, 2:40 pm
MAIS tunggu hasil siasatan kes amang seksual sekolah agama swasta di Selangor
August 20, 2026, 1:50 pm
