Berita Berita
Roller coaster bawa 22 penumpang dipercayai tergelincir dari landasan, 10 cedera di taman tema terkenal di Subang Jaya
SUBANG JAYA 24 Ogos - Polis sedang menyiasat insiden kemalangan roller coaster yang mengakibatkan 10 individu cedera di sebuah taman tema di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam sebelum satu laporan polis diterima pihaknya pada jam 11.45 pagi keesokan harinya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati seramai 22 penumpang, terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun, sedang menaiki permainan berkenaan ketika kejadian.
"Kemalangan telah berlaku dan mengakibatkan 10 mangsa mengalami kecederaan.
"Mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan di sekitar Subang Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:51 pm
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
August 24, 2026, 1:43 pm
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
August 24, 2026, 1:38 pm
JAKIM guna AI percepat proses sijil halal, semakan dokumen tak lagi satu persatu
August 24, 2026, 1:27 pm
