TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sanggup rentas 100km bertemu kekasih warga emas, wanita berstatus isteri dicekup berkhalwat

By
|
Kongsi
image

SEGAMAT, 28 Ogos – Seorang wanita berusia 40-an yang masih berstatus isteri orang sanggup merentas perjalanan sejauh 100 kilometer demi bertemu kekasihnya seorang duda warga emas sebelum mereka ditahan di sebuah rumah kampung di sini, kelmarin.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 11.40 pagi susulan aduan awam berkenaan kehadiran kenderaan mencurigakan di lokasi terbabit.

Pemeriksaan awal mendapati pintu rumah berkunci dari dalam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 60-an yang mendakwa tinggal bersendirian, namun pemeriksaan lanjut menemui wanita berkenaan berada di dalam sebuah bilik tertutup.

"Siasatan mendapati wanita terbabit menyelinap masuk ke rumah berkenaan sekitar jam 9 pagi bagi memberi alasan mahu berehat berikutan berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

"Lelaki terbabit pula mengaku berhasrat untuk memperisterikan wanita berkenaan selepas urusan perceraiannya selesai," menurut kenyataan JAINJ hari ini.

Pasangan terbabit yang mengesahkan tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan sah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.

 

+ - reset