Berita Berita
PM serah surat Saravanan kepada SPRM, AGC
SEBERANG JAYA, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti surat diutuskan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung dakwaan berkaitan isu pengambilan pekerja asing.
Anwar menegaskan beliau akan merujuk kandungan surat berkenaan kepada pihak berkaitan bagi memastikan proses siasatan dan pendakwaan dapat dijalankan mengikut bidang kuasa badan bebas terbabit.
"Daripada sampai ke situ, bukan urusan saya. Saya akan rujuk kepada SPRM atau Jabatan Peguam Negara untuk mereka teliti," katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa semua pihak supaya memberikan ruang kepada proses siasatan serta perundangan tanpa membuat sebarang spekulasi awal sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan oleh pihak mahkamah.
Kenyataan itu bagi merespons tindakan Saravanan yang menafikan sebarang penglibatan peribadi atau keluarga dalam kuota pekerja asing sewaktu menjawat jawatan Menteri Sumber Manusia, selain mengutuskan surat rasmi menjelaskan peranan pusat sehenti khas (OSC) berhubung permohonan berkenaan.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
