Berita Berita
Kes bunuh Desa ParkCity: Lelaki tinggalkan nota rasa kesal isteri ada hubungan dengan 'scammer'
PETALING JAYA, 28 Ogos – Seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai membunuh ahli keluarganya dalam kejadian di Desa ParkCity di sini, meninggalkan nota meluahkan rasa kesal terhadap isterinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang scammer.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek turut menyatakan dalam nota berkenaan bahawa dia menanggung kerugian serta bebanan hutang berjumlah kira-kira RM260,000 akibat perbuatan terbabit.
"Si isteri dikatakan masih cuba menghubungi scammer berkenaan dan suspek merasakan perbuatan itu sudah melampau selain berasa malu kepada anak-anak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau memaklumkan, hasil bedah siasat ke atas mayat anak perempuan suspek berusia sembilan tahun mendapati terdapat satu kesan tikaman berukuran lima sentimeter di bahagian leher, manakala bedah siasat ke atas isteri dan suspek dijalankan mengikut jadual pihak hospital.
Pihak polis turut menemui sebilah pisau serta sepasang sarung tangan yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan di dalam sebuah laci di bilik tidur utama untuk tindakan siasatan lanjut.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
