Berita Berita
Lee Zii Jia mohon injunksi interim halang bapa, kakak buat keputusan kewangannya
KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia mengemukakan permohonan injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat sebarang keputusan berkaitan urusan kewangan serta pengurusan syarikat LZJ Management.
Permohonan menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026 itu menamakan bapanya, Lee Chee Hin serta kakaknya, Lee Zii Yii sebagai responden utama berikutan pertikaian undang-undang yang sedang berlangsung.
Adiknya, Lee Tao serta syarikat LZJ Management turut dinamakan sebagai responden dalam prosiding berkenaan.
Zii Jia memohon supaya Chee Hin dan Zii Yii yang bertindak sebagai pengarah syarikat dilarang daripada meluluskan sebarang fi pengarah, elaun, bonus, atau sebarang manfaat kewangan lain untuk diri sendiri selain gaji bulanan sedia ada.
Permohonan terbabit turut membabitkan sekatan terhadap keputusan pelantikan mahupun penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset utama, serta perubahan struktur pemilikan saham tanpa kelulusan rasmi mahkamah.
Zii Jia mendakwa memegang 90 peratus ekuiti dalam LZJ Management, manakala Zii Yii dan Lee Tao masing-masing memiliki sembilan peratus serta satu peratus saham syarikat.
Beliau turut memohon perintah mahkamah bagi membolehkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi meneliti serta membincangkan semula isu tadbir urus dan pengurusan syarikat secara menyeluruh.
Berita berkaitan
October 13, 2026, 9:40 pm
Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM terima rasuah RM350,000
October 13, 2026, 8:34 pm
Jerebu: KPM tidak mahu sekolah ditutup terlalu lama, keselamatan murid tetap keutamaan
October 13, 2026, 6:34 pm
Lelaki terbabit ritual agama bukan Islam ditahan bersama ibu, 14 individu lagi akan dipanggil
October 13, 2026, 4:40 pm
Anggota tentera maut tercampak dari jejambat di TBS, tak sempat sambut anak pertama
October 13, 2026, 4:05 pm
Jerebu: Sekolah di tiga negeri terus ditutup Rabu, beberapa daerah turut terjejas
October 13, 2026, 3:54 pm
Mohd Shuhaily pesan jangan mudah terima tawaran melancong percuma atau bawa barang orang lain
October 13, 2026, 3:40 pm
Selamba cekup kabel siang hari guna Mercedes-Benz, polis cekup 14 individu
October 13, 2026, 2:48 pm
Jangan 'peram' saman lama, DBKL tawar bayaran kompaun trafik serendah RM5
October 13, 2026, 2:30 pm
Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD Seal masih dirawat di hospital swasta
October 13, 2026, 2:22 pm
