Berita Berita
Lebih 25,000 warga asing ditahan terbabit perniagaan haram sejak 2024
KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Lebih 25,000 warganegara asing ditahan di seluruh negara berhubung penglibatan dalam operasi perniagaan haram sejak tahun 2024 sehingga 30 September lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan 12,343 operasi penguatkuasaan menerusi Ops Belanja, Ops Jaja, dan Ops Selera.
Ops Selera yang menyasarkan restoran serta premis makanan mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi melibatkan 19,301 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1,341 majikan.
Ops Belanja di premis perniagaan runcit menyaksikan penahanan 5,809 PATI dan 471 majikan, manakala Ops Jaja membabitkan aktiviti penjaja merekodkan tangkapan 734 PATI serta 40 majikan.
Mana-mana warganegara asing yang ditahan bakal berdepan proses pendakwaan di mahkamah atau kompaun sebelum ditempatkan di depot tahanan imigresen bagi proses pengusiran keluar dari negara ini.
KDN turut menjelaskan bahawa penguatkuasaan berkaitan lesen perniagaan, syarat operasi, serta penutupan premis kekal di bawah bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan undang-undang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau entiti yang didapati mengupah, melindungi, atau membantu warga asing melakukan kesalahan imigresen. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 13, 2026, 9:40 pm
Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM terima rasuah RM350,000
October 13, 2026, 8:34 pm
Jerebu: KPM tidak mahu sekolah ditutup terlalu lama, keselamatan murid tetap keutamaan
October 13, 2026, 6:34 pm
Lelaki terbabit ritual agama bukan Islam ditahan bersama ibu, 14 individu lagi akan dipanggil
October 13, 2026, 4:40 pm
Anggota tentera maut tercampak dari jejambat di TBS, tak sempat sambut anak pertama
October 13, 2026, 4:05 pm
Jerebu: Sekolah di tiga negeri terus ditutup Rabu, beberapa daerah turut terjejas
October 13, 2026, 3:54 pm
Mohd Shuhaily pesan jangan mudah terima tawaran melancong percuma atau bawa barang orang lain
October 13, 2026, 3:40 pm
Selamba cekup kabel siang hari guna Mercedes-Benz, polis cekup 14 individu
October 13, 2026, 2:48 pm
Jangan 'peram' saman lama, DBKL tawar bayaran kompaun trafik serendah RM5
October 13, 2026, 2:30 pm
Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD Seal masih dirawat di hospital swasta
October 13, 2026, 2:22 pm
